Monday, September 20, 2010

Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri 2010 Ayahanda Datu Haji Len Talif Salleh

Pada hari Sabtu, 18hb. September 2010 bersamaan 09 Syawal 1431H yang lalu, Ayahanda Datu Haji Len Talif Salleh telah mengadakan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidl Fitri 1431H / 2010.Peluang ini bukan sahaja direbut oleh sanak saudara malah dikalangan handai taulan untuk bertanya khabar lantaran sekian lama tiada bertemu sekaligus merapatkan lagi tali silaturahim yang terjalin.

Sepertimana lazimnya, Rumah Terbuka di Sarawak khususnya dan Malaysia amnya menerima kunjungan tetamu yang ramai dan diluar jangkaan. Tidak terkecuali Rumah Terbuka Ayahanda Datu Haji Len Talif Salleh.

Suasana sekitar Rumah Terbuka Ayahanda Datu Haji Len Talif Salleh...




Rumah Terbuka berkenaan turut diserikan dengan dendangan lagu-lagu raya oleh para artis jemputan dan 'import khas' :-)



Poco-Poco secara spontan oleh sanak saudara yang hadir...



Selepas poco-poco, disambung pula dengan 'bertandak'...


No comments: