Friday, July 9, 2010

Satu Daerah Satu Industri : Kumpulan Tenun Songket Rajang

Pada hari Jumaat-Ahad, 02-04hb. Julai 2010 yang lalu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak telah menganjurkan Showcase Satu Daerah Satu Industri Peringkat Zon Sarawak/Sabah 2010. Showcase berkenaan telah diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, Kuching, Sarawak.

Kumpulan Tenun Kampung Rajang turut menyertai Showcase berkenaan. Berbanding tahun lepas, tahun ini hanya dua orang sahaja wakil yang dihantar.  Jualan serta  tempahan songket turut diterima semasa Showcase berkenaan.

Hanya sedikit sahaja foto yang sempat dirakamkan memandangkan turut sibuk dengan tugas hakiki yang lain. Semoga berjumpa di Majlis Berambih Persatuan Melanau Kuching nanti... :-)



No comments: